fbpx
Mayat seorang wanita ditemukan dalam bagasi di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang semalam. IHSAN MEDIA SOSIAL

Mayat dalam bagasi: Penyewa dipercayai suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Penyewa sebuah rumah di Taman Impian Indah, di sini, didakwa dua kali meminta lanjutan tempoh bagi menjelaskan bayaran sewa sebelum gagal dihubungi.

Seorang pemilik rumah yang enggan dikenali mendedahkan perkara itu susulan penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah bagasi yang dipercayai salah seorang penyewa di kediaman tersebut.

Menurutnya, kali terakhir dia menghubungi penyewa lelaki terbabit bulan lalu untuk mengutip sewa.

“Lelaki ini mempunyai tatu dan rambut perang. Apabila saya menghubunginya bulan lalu untuk mengutip sewa, dia berkata dia sakit dan meminta lanjutan sehingga sekitar 20 Mei lalu, sebelum meminta lanjutkan sekali lagi sehingga 8 Jun lalu dan saya masih belum menerima sewa.

“Selepas menemui mayat itu, saya cuba hubungi semula lelaki itu semalam tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Menurutnya, ketika menyewa rumah berkenaan, lelaki itu bersama seorang wanita mengaku sebagai pasangan suami isteri.

“Ketika hendak menyewa rumah saya dahulu mereka mengaku pasangan suami isteri namun pada waktu itu saya tidak bertanya lanjut akibat kekangan bahasa,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan penemuan mayat bangsa tidak pasti dan tiada pengenalan diri di sebuah rumah pada pukul 8.37 malam semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN