fbpx
Nadhif menjadi sasaran segelintir peminat yang tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menjadikan fizikalnya sebagai objek fantasi.

Angkara ‘mulut’ netizen Indonesia, Nadhif nak berhenti jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI seorang mangsa gangguan seksual secara verbal menerusi media sosial, penyanyi Nadhif Basalamah mengakui terkesan dengan kejadian tersebut.

Disebabkan gangguan seksual terbabit, Nadhif, 26, rela meninggalkan industri hiburan sekiranya perbuatan terkutuk itu dianggap sebagai salah satu lumrah menjadi seorang artis.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan untuk bersuara ini betul atau tidak, malah tangan saya menggigil semasa menaip luahan ini.

“Bagaimanapun, jumlah gangguan seksual yang saya terima secara dalam talian menerusi platform X dan TikTok kini sudah berada di tahap yang tidak tertanggung lagi

“Jika kalian mengatakan perbuatan ini merupakan sebahagian daripada akibat menjadi seorang figura awam, saya lebih baik berhenti,” katanya dalam aplikasi X.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu itu menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang isu dengan mana-mana komuniti tertentu sehingga menjadi mangsa gangguan seksual.

“Ini tidak bermakna saya mempunyai masalah dengan komuniti tersebut.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, rakan-rakan. Tolong berhenti melakukannya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nadhif menjadi sasaran segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tubuhnya sebagai objek fantasi seksual serta dihujani lambakan komen berbaur lucah atau kurang sononoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN