fbpx
Keadaan banjir di Kilometer 117.7 Lanchang pukul 8 pagi tadi. Foto FB LPT

Laluan Karak, LPT1 masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Lebuh Raya Karak Kuala Lumpur (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir dan tanah runtuh.

Menurut kenyataan LPT di laman rasmi Facebooknya, sehingga pukul 8 pagi tadi beberapa kawasan di LPT1 kini terlibat dengan banjir dan di KLK lima kawasan terjejas ekoran tanah mendap dan runtuh.

Bagi LPT1 antara kawasan yang terjejas dengan banjir adalah :-

1. KM 114.8 (Lanchang – Temerloh)
– Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.

2. KM 113 (Lanchang – Temerloh)
– Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.

3. KM 84.6 (Lanchang – Karak)
– Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menurun.

4. KM 116.1 (Lanchang-Temerloh)
– Banjir melibatkan semua lorong (Kedua-dua arah). Trend air menaik.

5. KM 112.2 (Lanchang-Temerloh)
– Banjir melibatkan semua lorong (kedua-dua arah). Trend air menaik.

6. Laluan Karak – Temerloh masih ditutup kedua-dua hala (KM76-KM126).

Sementara itu, bagi lebuh raya KLK pula, kawasan yang terjejas adalah :-

1. KM74.9 Karak(hala KL) – Banjir surut. Berlaku sinkhole di lorong kiri.

2. KM74.4 Karak (hala KL) – Banjir lumpur. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

3. KM71 Bentong (kedua-dua hala) – Banjir – Ditutup kepada semua jenis kenderaan

4. KM69.5 Bentong (hala KL) – Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

5. KM67.8 Bentong (hala KL) – Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI