fbpx

Quartararo cemas, Ducati tempah petak hadapan di Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO perlu tampil dengan tunggangan luar biasa untuk memastikan pemburuan gelaran juara dunia MotoGP masih memihak kepada pelumba pasukan Yamaha pada GP Emilia Rogmana malam ini.

MISANO – Tugas pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo untuk muncul juara dunia lebih awal ketika bersaing pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna tampak sukar selepas memulakan saingan di petak ke-15.

Pada sesi kelayakan itu, Quartararo dilihat bergelut untuk merekodkan catatan terbaiknya selepas terganggu dengan insiden kemalangan pada sesi kelayakan pertama (Q1) sekali gus terlepas untuk mara kelayakan kedua.

Oleh itu, situasi perebutan gelaran dunia ketika ini dilihat semakin tenggang selepas pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang turut mengintai takhta itu berjaya merekodkan masa terpantas, sekali gus memulakan saingan di petak hadapan buat kali keempat berturut-turut musim ini.

Ketika ini, Quartararo mempunyai kelebihan 52 mata berbanding Bagnaia yang menduduki tempat kedua sekali gus menuntut pelumba Yamaha itu untuk bekerja lebih keras pada perlumbaan esok sekiranya mahu menjulang gelaran dunia dalam baki dua pusingan perlumbaan musim ini.

“Saya sangat gembira kerana pada sebelah pagi kami bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik. Pada sesi kelayakan saya berjaya menemukan tunggangan terbaik saya dan hari ini kami berada di petak hadapan,” kata Bagnaia sebentar tadi.

Lebih menarik, rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller turut cemerlang apabila merekodkan masa kedua terpantas pada sesi kelayakan tersebut. Manakala, pelumba Avintia Ducati, Luca Marini menempah petak ketiga terpantas. – Kosmo! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI