fbpx

Marquez tidak alami kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ terlibat dalam insiden kemalangan pada sesi latihan bebas kelmarin, namun tidak berdepan kecederaan serius. – AFP

LONDON – Juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez mengakui lega apabila tidak mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada sesi ujian bebas Grand Prix (GP) British kelmarin.

Pada aksi tersebut, Marquez gagal mengawal jenteranya pada penghujung sesi ujian bebas (FP) 1 sehingga terbabas dan menyebabkan kerosakan penuh pada jentera RC213V, tetapi bangkit pada FP2 meskipun catatan masa yang dilakukan tidak sebaik FP1.

Katanya, kemalangan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan saingan se­ngit dalam perlumbaan di Litar Silverstone hari ini, sekali gus meneruskan momentum positif pada GP Austria dua minggu lalu.

“Saya gembira dengan apa yang dipamerkan sepanjang sesi FP1 dengan melakukan catatan masa yang cukup baik. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya hadir ke GP British dengan penuh bersemangat.

“Mengenai kemalangan itu, saya akui momentum agak terjejas selepas mengalami kemala­ngan walaupun hanya mata saya dimasuki pasir.

“Disebabkan keadaan mata saya yang masih lagi pedih ketika itu, saya gagal meneruskan momentum pada FP2 sebelum segalanya kembali normal apabila saya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Apa yang penting, saya gembira tidak mengalami kecede­raan serius selain optimis dapat memberikan tunggangan terbaik pada hari perlumbaan nanti kerana jentera yang dibekalkan pasukan kali ini cukup sempurna,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI