Media Indonesia lapor Bojan Hodak dibayar RM205,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan ‘berbelanja besar’ demi memancing bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak bagi mengemudi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Dunia bola sepak tempatan mula kecoh selepas media Indonesia mendedahkan pakar taktik dari Croatia itu didakwa menerima bayaran mewah mencecah RM2.24 juta semusim demi tugasan berat tersebut.

Nilai luar biasa itu bagaimanapun dianggap munasabah oleh ejen Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Effendi Jagan Abdullah, yang menyifatkan reputasi Hodak selari dengan tanda harganya yang tinggi di rantau Asia Tenggara.

“Saya rasa memang itu harga pasaran Hodak, sekitar AS$50,000 sebulan (RM205,000 sebulan). Kalau kita mahukan barangan yang berkualiti, kita kena berani bayar harganya.

“Beliau sangat tegas, ada pendirian sendiri dan tidak mudah tunduk dengan campur tangan luar,” katanya yang sudah mengendalikan urusan Hodak lebih sedekad.

Meskipun baru sahaja diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu pada 24 November lalu, Hodak tidak mempunyai masa untuk ‘berbulan madu’ apabila FAM meletakkan KPI tinggi untuk melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2032.

Tumpuan peminat kini terarah kepada bagaimana pengendali berusia 55 tahun itu mahu menyatukan lambakan pemain naturalisasi dan warisan bagi membentuk formula juara menjelang Kelayakan Piala Dunia 2030, September tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN