MONACO – Juara bertahan Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG) bakal berepan ujian mencabar di awal saingan apabila akan berdepan gergasi Eropah, Barcelona dan Manceshter City.
Selain Barcelona dan Manchester City, PSG juga akan bertemu AS Roma, Aston Villa, Galatasaray, Villarreal, Slovan Bratislava sera Como.
Paling mencuri perhatian adalah membabitkan juara Eropah 15 kali, Real Madrid dimana pengurusnya, Jose Mourinho berpeluang untuk melunaskan misinya namun terpaksa berdepan dua bekas kelab, Inter Milan dan AS Roma.
Mourinho juga berpeluang untuk mencipta satu lagi cerita hebat kariernya jika mampu melengkapkan trofi Liga Juara-Juara Bersama Real Madrid.
Selain itu, Los Blancos juga akan melengkapkan lapan perlawanan awal bertemu Arsenal, PSV Eindhoven, RB Leipzig, Shakhtar Donetsk, LASK dan AEK Athens.
Manchester United kembali ke pentas kelab elit Eropah selepas dua musim tidak beraksi turut berdepan ujian mencabar kerana dijadualkan menentang Bayern Munich, Atletico Madrid, AS Roma dan juga Villarreal.
Kali ini, Liga Perdana Inggeris menjadi liga yang mempunyai wakil paling banyak apabila mempunyai lima pasukan.
Bekas juara, Liverpool yang kini dilatih Andoni Iraola juga akan harungi tugasan mencabar apabila akan bertemu Atletico Madrid, Inter Milan dan Villarreal. – KOSMO! ONLINE














