fbpx
Dzulkefly ketika menemani Ustaz Alif dalam program kempen di Kampung Astana Raja, di sini, pagi tadi.

PRN Negeri Sembilan: Pertembungan sekadar ‘Brotherly Fight’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan pertembungan antara parti yang ‘berkawan’ di peringkat Persekutuan, tetapi menjadi lawan di negeri sebagai satu ‘brotherly fight’.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, meskipun parti-parti itu terpaksa bersaing dalam pilihan raya, ia perlu berlangsung secara sihat, berakhlak dan penuh tanggungjawab.

“Ia adalah persaingan antara kawan di Persekutuan, tetapi lawan di negeri ini. Seperti mana yang mereka mahukan, kita akan terus bersaing secara sihat dan penuh tanggungjawab. Itu yang saya minta,” katanya kepada pemberita ketika bersama calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Ustaz Alif dalam program kempen di Kampung Astana Raja, di sini, pagi tadi.

Menurut Dzulkefly, semua calon Pakatan Harapan (PH), khususnya daripada Amanah, perlu mengelakkan sebarang perseteruan dan persengketaan yang tidak perlu sehingga boleh mengeruhkan suasana kempen.

Menurutnya, persaingan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebarkan fitnah, tohmahan atau menyerang keperibadian pihak lawan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN