fbpx
Dzulkefly ketika mengadakan pertemuan dan beramah mesra bersama komuniti India di Larkin, Johor semalam. Foto FACEBOOK DR. DZULKEFLY AHMAD

PRN Johor: Tolak naratif politik kebencian dan melampau – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa naratif politik kebencian dan melampau yang memecahbelahkan masyarakat mesti ditolak sekeras-kerasnya.

Beliau berkata, keharmonian silang kaum yang dikecapi negara adalah tiang seri kemakmuran yang wajib dipertahankan bersama.

“Berkat kestabilan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, struktur ekonomi Malaysia kini semakin ampuh. Semua ini diletakkan pada trajektori yang betul sebagai antara yang terbaik di dunia,” katanya ketika meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama komuniti India di Larkin, Johor semalam.

Susulan itu, beliau menyeru agar seluruh pengundi bijak menilai dan membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, esok.

“Pilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat demi kelangsungan masa depan kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN