fbpx
Aswadi (kiri) dan pegawai penguat kuasa KPDN menunjukkan minyak masak yang dirampas di dalam sebuah lori pada sidang akhbar di Pejabat KPDN Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

20.4 tan minyak masak peket gagal seludup ke Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 20.4 tan minyak masak peket ke Thailand selepas melancarkan tiga operasi di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat dekat sini semalam.

Dalam Ops Tiris Bersepadu 4.0 itu, tiga suspek turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan kesemua barangan tersebut.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, rampasan pertama dijalankan di Pasir Puteh apabila pihaknya menahan sebuah kenderaan pebagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang membawa sebanyak 1,445 kilogram (kg) minyak masak peket.

Katanya, pemandu kenderaan itu yang berusia 27 tahun gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen sah berkaitan pemilikan dan pengangkutan barang kawalan berkenaan.

“Rampasan kedua dijalankan di Kampung Jakar, Banggol Che Dol dekat Pasir Mas selepas anggota PGA mengejar sebuah lagi MPV Perodua Alza dari Pasir Puteh.

“Kenderaan tersebut bagaimanapun terbabas dan merempuh sebuah bangsal di Kampung Jakar sebelum pemandunya melarikan diri. Pemeriksaan di dalam MPV itu menjumpai sebanyak 1,360 kg minyak masak peket bersubsidi,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDN Kelantan di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, selain itu, pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 17,680 kg minyak masak peket selepas menahan sebuah lori di Kampung Telaga Bata, Chabang Empat, Tumpat kira-kira pukul 10.45 malam semalam.

Karanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu menjumpai sebanyak 1,040 kotak minyak masak peket yang diambik dari Melaka dan Pahang sebelum dibawa masuk ke negeri ini.

“Pemandu lori dan seorang kelindan berusia dalam lingkungan 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori itu mengaku mendapat upah sebanyak RM500 untuk menghantar barangan berkenaan ke sebuah pangkalan haram di Tumpat. Suspek mendakwa ini adalah kali pertama dia melakukan tugasan berkenaan dan hanya mengikut arahan individu yang mengupahnya,” ujarnya.

Aswadi berkata, ketiga-tiga kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN