SEREMBAN – Seorang aktivis yang didakwa melarikan diri ke Thailand sebelum ini, direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan menerusi Facebook.
Suspek telah melarikan diri selama lebih empat bulan dan kemudian kembali ke Malaysia melalui laluan haram di sepanjang sempadan Kelantan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kosmo! semalam melaporkan lelaki terbabit akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam
Siasatan bermula selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lalu kira-kira pukul 6.25 petang yang mendakwa diugut menerusi Facebook oleh lelaki terbabit.-KOSMO! ONLINE














