fbpx
Onn Hafiz

[TIDAK RASMI] Onn Hafiz selesa dahului saingan di Machap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berada di kedudukan selesa untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap apabila mendahului berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Keputusan awal menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 1,603 undi, meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan yang meraih 983 undi.

Onn Hafiz kini mendahului dengan majoriti 620 undi, namun keputusan tersebut masih belum rasmi kerana proses pengiraan undi masih diteruskan.

Kerusi DUN Machap menjadi antara tumpuan utama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 memandangkan Onn Hafiz mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN