Ular sawa sepanjang 6 meter yang berjaya ditangkap sebelum dibawa pulang ke PKOD Kangar untuk diserahkan kepada Perhilitan semalam.

10 petugas ‘lawan’ ular sawa 80kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sepuluh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Perlis terpaksa berhempas pulas lebih 20 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik gergasi sepanjang enam meter di tepi jalan dekat Bukit Ayer di sini semalam.

Reptilia seberat kira-kira 80 kilogram (kg) dengan saiz sebesar tiang telefon konkrit itu menyebabkan galah penjerut yang digunakan bengkok ketika operasi membabitkan lapan anggota APM dan dua kakitangan Jabatan Perhutanan.

Pengadu, Sazeli Saad berkata, dia menghubungi pihak berkuasa demi keselamatan awam selepas rakannya, Mohd Nor Othman ternampak ular berkenaan berdekatan kawasan tumpuan ramai.

Sementara itu, Pegawai Pasukan APM Negeri Perlis, Lef­tenan Muda (PA) Ameera Husna Pauzi berkata, pihaknya mene­rima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 malam dan tiba di lokasi pada pukul 9.40 malam.

Menurut beliau, bantuan tambahan serta sangkar khas terpaksa digunakan kerana saiz reptilia yang terlalu besar sebelum haiwan itu berjaya ditangkap pada pukul 10.21 malam.

Katanya, ular sawa itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kangar untuk ditempatkan sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pagi ini.

Sebagai rekod, tangkapan ini mengatasi rekod terdahulu APM Perlis yang pernah menangkap seekor ular sawa seberat 60kg di Utan Aji pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN