fbpx
KJOMBINASI gambar menunjukkan mangsa dan Dumlao(kanan). -- AGENSI

Bekas pegawai polis ketua operasi ‘tokhang’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Seorang bekas pegawai anti narkotik Filipina yang menjadi buruan, ditahan hari ini berhubung kes penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan Korea Selatan pada 2016 di Manila, kata pihak berkuasa.

Kes Jee Ick-joo  diculik oleh polis antinarkotik di bawah penyamaran serbuan dadah yang  merupakan salah satu kes paling kontroversi dalam perang dadah bekas presiden Rodrigo Duterte.

“Menurut saksi, mereka menculik warga Korea Selatan  itu, memeras wang daripadanya, mencekiknya, membakar mayat mangsa dan mengepam abunya dalam mangkuk tandas,” kata Setiausaha Dalam Negeri Juanito Victor Remulla semasa mengumumkan penahanan suspek yang dikenali sebagai Rafael Dumlao.

“”Pembunuhan Jee Ick-joo adalah hasil daripada penyalahgunaan ‘tokhang’,” kata Remulla pada sidang akhbar, menggunakan nama kod tempatan untuk operasi anti dadah yang menyaksikan beribu-ribu orang dibunuh semasa  penggal pemerintahan Duterte dari 2016 hingga 2022.

“Tokhang memberikan lesen kepada  polis untuk melakukan perkara sesuka hati mereka tanpa proses undang-undang,” tambahnya.

Mahkamah rendah pada 2023 membebaskan Dumla  yang didakwa dalang kes pembunuhan itu tetapi mensabitkan dua defendan lain.

Mahkamah rayuan membatalkan pembebasan Dumlao pada 2024, dengan mengatakan,  mahkamah rendah melakukan ‘penyalahgunaan budi bicara yang serius’.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun.

Polis menemukannya sedang tidur dengan sepucuk pistol berhampirannya di sebuah hartanah di utara Manila awal hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN