APABILA melibatkan pelakon bernama Urvashi Rautel, pasti ada sahaja perkara menjadi perhatian ramai terutamanya melibatkan pakaian.
Terbaharu, Urvashi dikecam hebat kerana penampilannya ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di New York, Amerika Syarikat.
Bekas ratu cantik India itu hadir memakai jersi pasukan Argentina. Namun apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah dia memakai korset di bahagian luar jersi tersebut.
Dia turut menggayakan celana denim yang dipadankan dengan tas tangan besar berwarna kuning.
Disebabkan itu, Urvashi dikecam hebat serta dikatakan memalukan India dengan berpakaian seperti itu.
“Bagaimana seorang yang mewakili India boleh berpakaian seperti ini? Siapa yang memakai korset bersama jersi bola?
“Kerajaan dan masyarakat India perlu menghentikan wanita ini. Dia membawa nama India di peringkat antarabangsa. Tetapi pakaian dan kelakuannya memalukan India,” komen netizen.














