fbpx
Penguat kuasa KPDN memeriksa pakaian yang disyaki menggunakan cap dagang palsu di premis jualan di Padang Besar kelmarin.

Lima premis jual jersi tiruan di Padang Besar diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menyerbu lima premis yang disyaki menjual pakaian termasuk jersi menggunakan cap dagangan palsu di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, pakaian yang dipercayai menggunakan cap dagangan palsu bernilai kira-kira RM169,000 dirampas.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu membabitkan 17 anggota penguat kuasa dengan kerjasama wakil pemilik cap dagangan.

“Risikan mendapati premis-premis tersebut dipercayai menjual pakaian termasuk jersi dan seluar yang menggunakan cap dagangan palsu kepada pengguna.

“Hasil pemeriksaan dan pengesahan awal oleh pemilik cap dagangan mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 telah dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lima kes telah dibuka dan semuanya disiasat mengikut seksyen berkenaan kerana memiliki barang yang menggunakan cap dagangan palsu bagi tujuan perdagangan.

“Kita memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak terlibat dalam kegiatan menjual barangan tiruan kerana tindakan tegas akan terus diambil bagi melindungi hak pemilik cap dagangan serta kepentingan pengguna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN