fbpx
INSIDEN kebakaran di bandar Lucknow sekurang-kurangnya mengorbankan 14 nyawa. - X

14 maut kebakaran pusat latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 14 orang disahkan terbunuh  dalam kebakaran dahsyat melibatkan sebuah bangunan yang menempatkan pusat latihan di bandar Lucknow, lapor akhbar The Sun UK.

Semasa insiden tersebut semalam, pelajar-pelajar yang ketakutan dan terperangkap di dalam bangunan terpaksa terjun dari tingkap untuk menyelamatkan diri daripada api yang menjulang.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 3 petang (waktu tempatan) dengan pasukan polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Api marak lebih sejam sebelum berjaya dikawal.

Pasukan penyelamat menebuk lubang pada dinding ketika mereka menggeledah bangunan  yang rentung untuk mencari mangsa terselamat.

Pihak berkuasa berkata, angka kematian dijangka meningkat selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Seorang saksi  memberitahu saluran berita NDTV bahawa lima hingga tujuh pelajar telah terjun dan seorang daripada mereka mengalami patah tulang.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah kepada waris mangsa yang terkorban.

Beliau menulis di platform X: “Amat berdukacita dengan kehilangan nyawa dalam tragedi kebakaran di Lucknow, (negeri) Uttar Pradesh’.

Katanya, pampasan akan dibayar kepada keluarga mangsa yang berduka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN