fbpx
Mohd. Najwan (tengah) ketika perasmian Program Pembangunan Pickleball Selangor di Shah Alam. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Penjimatan RM50 juta Sukma Selangor tidak jejas penganjuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengurangan perbelanjaan Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Selangor daripada RM100 juta kepada RM50 juta tidak menjejaskan penganjuran temasya itu yang bermula 15 Ogos ini.

Exco Sukan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, penjimatan dibuat tanpa melibatkan kerja naik taraf venue yang ditanggung melalui projek pembangunan sedia ada.

Katanya, antara langkah penjimatan termasuk pengurangan besar-besaran jumlah sukarelawan daripada 30,000 kepada 5,000 orang.

“Selain itu, kos sewaan venue, peralatan serta elaun pegawai teknikal turut dikurangkan, namun operasi pertandingan masih berjalan seperti dirancang. Jumlah pegawai teknikal juga dikurangkan, tetapi masih mencukupi untuk mengadili setiap acara,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Pembangunan Pickleball Selangor, di sini.

Mohd. Najwan berkata, Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2026 akan menerima jumlah penyertaan atlet seperti yang telah didaftarkan negeri-negeri sebelum ini.

“Kita tidak mengurangkan atlet. Fokus kita supaya atlet dapat menunjukkan prestasti terbaik dan itu perkara yang paling penting dalam penganjuran Sukma,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan lokasi perasmian dan penutup masih belum dimuktamadkan selepas keputusan tidak menggunakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN