fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sukarelawan misi GSF 2.0 ditahan oleh tentera Israel semalam. - X

Israel serang 22 kapal GSF, tahan 175 aktivis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS – Aktivis-aktivis pro-Palestin mengesahkan sebanyak 22 kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan asas ke Semenanjung Gaza dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete di Greece, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Penganjur misi GSF menyifatkan tindakan itu sebagai lanun, sambil menambah, individu yang berada di atas kapal ditahan secara tidak sah di lokasi yang terletak lebih 956 kilometer dari Gaza. 

Kementerian Luar Israel menyifatkan flotila tersebut sebagai satu ‘taktik publisiti’ dan mengesahkan penahanan kira-kira 175 aktivis. 

Menterinya, Gideon Saar berkata, kumpulan tersebut dijadualkan untuk dihantar pulang melalui pesisir pantai Greece dalam masa terdekat.

Data GSF menunjukkan sebahagian besar daripada 36 kapal yang berbaki dalam flotlla itu kini berada berhampiran pantai selatan Crete. 

Misi bertujuan untuk menamatkan kepungan Israel terhadap Gaza itu memulakan pelayaran sejak dua minggu lalu, dengan penyertaan sebanyak 58 kapal dari Sepanyol, Perancis dan Itali. 

“Tentera Laut Israel memintas, menaiki, melumpuhkan serta memusnahkan beberapa kapal secara sistematik dalam flotila tersebut semasa serbuan ganas di perairan antarabangsa di barat laut Pulau Crete semalam. 

“Lebih 180 orang awam dari seluruh dunia diserang secara langsung.

“Selepas menahan peserta, memusnahkan enjin dan menyekat komunikasi, tentera Israel berundur. Mereka menculik peserta atau sengaja meninggalkan orang awam terkandas di atas kapal yang rosak di laluan ribut besar yang dijangka tiba,” katanya. 

Israel pula menegaskan tindakannya mematuhi undang-undang antarabangsa.

Kementerian Luar Israel berkata, tindakan awal perlu diambil ‘disebabkan jumlah besar kapal yang menyertai GSF, risiko peningkatan konflik, serta keperluan untuk menghalang pelanggaran sekatan yang sah’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN