fbpx
Gambar hiasan.

15 kawasan di Semenanjung Tahap Berjaga-jaga cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga), berdasarkan kemas kini status cuaca panas setakat pukul 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, Tahap Berjaga-Jaga bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Sebanyak 15 kawasan tersebut melibatkan Perlis, (Kubang Pasu, Kota Setar dan Padang Terap) di Kedah, (Hulu Perak) di Perak,(Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai & Machang) di Kelantan, (Jerantut & Temerloh) di Pahang, (Gombak) di Selangor, (Jasin) di Melaka dan (Tangkak) di Johor.
“Terdapat dua kawasan di Sabah dan satu di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Beaufort & Telupid) Sabah dan Limbang (Sarawak),” menurut MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN