fbpx
Keadaan di SMK Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Ribut di Kepala Batas: SMK Datuk Haji Abdul Kadir paling terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir, Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, SMK Gemilang dan SMK Permatang Tok Jaya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, SMK Datuk Haji Abdul Kadir mengalami kerosakan paling serius berbanding sekolah-sekolah lain.
“Kebanyakannya melibatkan kerosakan bumbung. Setakat ini, sekolah ini paling terjejas meliputi kerosakan beberapa kelas. Bagi sekolah lain, kerosakan melibatkan bilik kecil dan boleh dibaiki dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, makmal dan bengkel dijadikan kelas sementara bagi memastikan sesi pembelajaran 230 pelajar dapat diteruskan seperti biasa,” katanya selepas meninjau SMK Datuk Haji Abdul Kadir hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam perkembangan sama, lebih 90 premis termasuk sekolah, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dan Hospital Kepala Batas turut mengalami kerosakan susulan kejadian ribut pada pukul 6 petang semalam.

Reezal Merican turut menghulurkan bantuan awal bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN