TACOMA, WASHINGTON – Sekurang-kurangnya enam orang cedera ditikam oleh seorang pelajar dalam serangan di sebuah sekolah menengah di negeri Washington, lapor akhbar New York Post.
Pasukan kecemasan bergegas ke Sekolah Menengah Foss di bandar Tacoma sekitar pukul 1.40 tengah hari (waktu tempatan) selepas menerima laporan mengenai amukan pisau.
Jabatan Bomba Tacoma berkata, enam orang termasuk lima pelajar dan seorang pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu.
Lima mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, dengan empat daripada mereka kritikal.
“Keempat-empat mangsa yang parah berada dalam keadaan stabil semalam,” kata Jabatan Bomba Tacoma semalam.
Suspek yang dikenal pasti sebagai pelajar sekolah berkenaan turut cedera dan diberkas.
Dua pelajar sekolah berkenaan memberitahu stesen penyiaran Fox bahawa kejadian berpunca daripada pertelingkahan mengenai pen vape yang dicuri.
“Situasi sangat gila. Ia sangat teruk. Ada darah di mana-mana,” kata mereka.
Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI














