Gambar hiasan

Pelajar 13 tahun hilang tiada kaitan dengan kematian di SBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Polis menafikan kehilangan pelajar lelaki berusia 13 tahun di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini mempunyai kaitan dengan kes kematian di sekolah sama pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita pada pukul 6.07 petang semalam berhubung kehilangan anaknya di sebuah SBP di daerah ini.

“Kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang. Usaha mengesan pelajar itu sedang giat dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), pihak sekolah dan keluarga.

“Pada pukul 10 malam tadi, remaja itu berjaya ditemui pihak polis dalam keadaan selamat di Taiping sebelum diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kehilangan pelajar itu tidak mempunyai kaitan dengan kes kematian pelajar tingkatan tiga di sekolah sama dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Kosmo! Rabu lalu melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang menuntut di SBP di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup, jasad mangsa ditemukan pada pukul 10.35 pagi di tandas sebelum disedari pelajar lain kira-kira pukul 2.45 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN