fbpx
KIRA-KIRA 300 penduduk berkumpul di Terminal Feri Penumpang Langkawi bagi menuntut kekerapan feri ditingkatkan di Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Peniaga, pengusaha di Langkawi ‘rugi besar’ akibat catuan feri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Lebih 300 penduduk terdiri daripada peniaga serta pengusaha di Langkawi berhimpun bagi meminta pengusaha feri untuk meningkatkan kekerapan perjalanan pengangkutan air itu dalam himpunan aman di pekarangan Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini semalam.

Pengerusi Anak Muda Madani Negeri Kedah, Datuk Zuraidi Rahim mendakwa, sebanyak 53 peratus sektor ekonomi pulau peranginan tersebut terjejas akibat catuan feri berkenaan sejak 25 Mac lalu.

“Kalau situasi ini berterusan sehingga sebulan atau dua bulan lagi, maka ekonomi Langkawi akan terus merudum dan ramai yang akan gulung tikar di Langkawi selain memberi masa selama lima hari untuk pengendali perkhidmatan tersebut mengembalikan jadual perjalanan feri kepada lima perjalanan setiap hala sehari seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Bagi Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Daerah Langkawi, Mohamad Syukri Saad berkata, pemandu bas dan pemain industri pelancongan terpaksa menanggung kerugian apabila banyak pelancong membatalkan tempahan untuk ke Langkawi.

“Mereka tidak lagi memilih untuk ke Langkawi kerana jadual perjalanan feri yang terhad menyebabkan mereka rasa rugi daripada segi masa. Apabila perjalanan feri dicatu, pelancong terpaksa membuang masa bagi menunggu feri dan menjadikan mereka terpaksa mengurangkan aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang aktivis pelancongan, Zainudin Kadir berkata, kesan daripada catuan perjalanan feri ini boleh dilihat melalui keadaan kaunter pelancongan di terminal feri yang banyak dibiarkan kosong.

Pada 23 Mac lalu, akhbar melaporkan perkhidmatan feri penumpang ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis serta sebaliknya akan dikurangkan selepas Aidilfitri ekoran kenaikan mendadak harga diesel industri kepada RM7 seliter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN