fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik terkandas pada aksi Terbuka Indonesia, sebentar tadi. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik, Jun Hao terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima tamparan awal apabila tersingkir seawal pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tewas mengejut kepada pasangan muda tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, gandingan No.3 dunia itu gagal menampilkan permainan sebenar sebelum akur dengan kekalahan straight set 14-21, 14-21 dalam tempoh 33 minit.

Kekalahan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik mencatat penyingkiran paling awal dalam kejohanan bertaraf Super 1000 musim ini selepas sebelum ini muncul naib juara Terbuka Malaysia dan All England selain mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan, beregu negara dilihat bergelut mengekang kepantasan serta variasi permainan pasangan Indonesia yang tampil lebih agresif sepanjang perlawanan.

Sementara itu, cabaran perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain Perancis, Alex Lanier.

Pada perlawanan yang berlangsung selama 47 minit, Jun Hao yang menghuni ranking ke-27 dunia terpaksa akur dengan kehebatan juara Terbuka Singapura itu apabila kalah 16-21, 15-21.

Keputusan tersebut menamatkan kemaraan positif Jun Hao yang sebelum ini mencuri tumpuan apabila menyingkirkan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada aksi pusingan pertama. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN