fbpx
AARON TAI (kiri) bakal digandingkan bersama Aaron Chia untuk tiga kejohanan berikutnya bagi menguji tahap keserasian.

Rombakan gandingan bukan sekadar ‘cuba-cuba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GANDINGAN beregu lelaki negara yang dirombak baru-baru ini perlu memiliki matlamat jelas, termasuk memasang impian untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyifatkan, setiap beregu, termasuk gandingan Aaron Chia-Aaron Tai mungkin dikekalkan seandainya menunjukkan prestasi konsisten.

Menurut beliau, keputusan merombak beregu-beregu utama negara bukan sekadar cuba-cuba dan perlu meletakkan sasaran tinggi, termasuk memasang impian merangkul pingat emas Sukan Olimpik.

“Sebenarnya, berhubung rombakan (beregu) ini perlu ditanya kepada Herry (Iman Pierngadi) tetapi untuk saya, kita mahu melihat gandingan (Aaron Chia-Aaron Tai) meletakkan sasaran ke arah Sukan Olimpik.

“Katakanlah Aaron Chia-Aaron Tai menang mana-mana kejohanan, contohnya Terbuka China dan kemudian menang dengan konsisten seperti Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dahulu, harus dikekalkan,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (ABM) mengumumkan pembentukan beberapa gandingan baharu termasuk Aaron Chia-Aaron Tai, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King dan Arif Junaidi-Kang Khai Xing ke Terbuka China, Taiwan dan Korea.

Sementara itu, Rexy juga mahu semua pemain menunjukkan mentaliti juara biarpun terpaksa berpasangan dengan gandingan baharu kerana itulah yang diperlukan bagi membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

“Itu yang saya cakap pemain-pemain perlu memiliki mentaliti seperti itu (juara), tidak kira sama ada dipecahkan ataupun tidak. Sepatutnya apabila mendapat pasangan lebih muda, perlu ada kemahuan untuk mencabar pingat emas,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN