fbpx
PEARLY TAN - M.THINAAH

Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah kembali temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Gandingan No.2 dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-18, 21-19 ke atas beregu No.15 dunia berkenaan dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung sengit.

Kejayaan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak kembali beraksi minggu lalu selepas berehat panjang akibat kecederaan belakang yang dialami Pearly.

Sebelum ini, pasangan negara itu terpaksa melupakan beberapa kejohanan termasuk Piala Uber dan Malaysia Masters sebelum membuat kemunculan semula pada Terbuka Singapura.

Bagaimanapun, perjalanan mereka di Singapura tidak bertahan lama apabila tersingkir di pusingan kedua kepada pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Justeru, kemenangan di Jakarta dianggap petanda positif buat pasangan naib juara dunia itu yang masih dalam proses mendapatkan semula rentak permainan selepas hampir dua bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.

Menjelang aksi suku akhir esok, Pearly-Thinaah berpeluang bertemu sama ada rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting atau pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN