fbpx
ARASH Nashran yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Tepor, Langkawi semalam.

Kru jet ski hilang di laut baru timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Kru jet ski yang dilaporkan hilang di laut di perairan Pulau Tepor di sini semalam dikatakan baru sahaja menimang cahaya mata dan belum sempat bertemu anaknya itu.

Menurut pekerja aktiviti sukan air yang mahu dikenali sebagai Faizal, 43, dia mengenali mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, kerana bekerja di kawasan sama dengan kaunter perkhidmatan terletak berhampiran.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang mengusahakan aktiviti sukan air mengenai Arash yang baru sahaja dikurniakan anak dan belum sempat melihat bayi dan isterinya yang masih dalam pantang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian, Arash dipercayai baru sahaja selesai menarik bot jenis ‘UFO’ dan sedang dalam perjalanan pulang ke pantai sebelum dipukul ombak dan hilang.

“Waktu itu pelanggan yang menggunakan khidmat Arash sudah berada di pantai dan hanya Arash yang mengendalikan jet ski tersebut. Komuniti sukan air di sekitar pantai hanya menyedari kehilangan Arash selepas mendapati jet ski itu bergerak sendiri kira-kira pukul 6.30 petang semalam,” ujarnya.

Jelasnya, kebiasaannya jet ski mempunyai kunci yang akan diikat pada jaket keselamatan yang mana ia akan tercabut dan menghentikan jet ski sekiranya pengendali terjatuh ke dalam laut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat seorang kru jet ski yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Tepor di sini semalam berdepan cabaran susulan keadaan cuaca kurang baik.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ini kerana kelajuan angin di kawasan operasi dilaporkan antara 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter.

Katanya, terdapat juga kejadian ribut petir di beberapa lokasi sekitar radius pencarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN