KOTA KINABALU – Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengumumkan meletak jawatan daripada Kabinet Persekutuan dengan alasan terdapat perbezaan asas dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung hak Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri.
Dalam satu hantaran di Facebook malam ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu berkata, pendirian AGC seperti yang dinyatakan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengabaikan asas sejarah pembentukan Malaysia serta dokumen perlembagaan yang menjamin hak Sabah.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, adalah tidak konsisten untuk beliau kekal dalam Kabinet sementara AGC mengekalkan pendirian yang bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkannya sebagai presiden UPKO.
Beliau mengimbas kembali bahawa dirinya sendiri pernah memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada tahun 2022 bagi menuntut hak perlembagaan Sabah namun menarik balik saman itu selepas diberi jaminan akan ada rundingan lanjut.
Ewon menegaskan bahawa AGC tidak seharusnya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya perlu memulakan rundingan tulen dengan Kerajaan Sabah untuk melaksanakan hak 40 peratus itu.
Beliau berkata surat peletakan jawatannya akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan kepadanya untuk memperjuangkan hak Sabah dalam Kabinet.
Ewon menambah bahawa satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi UPKO akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan agenda “Sabah First” parti itu serta hala tuju masa depannya.
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Malaysia Masters: Pearly-Thinaah sah tarik diri
18 Mei 2026, 7:00 pm

GSF 2.0: Lapan rakyat Malaysia ditahan, 12 kapal ke Gaza dipintas
18 Mei 2026, 6:30 pm

Pisau ‘rambo’, alat pemecah ais mungkin senjata tajam tikam ibu tunggal
18 Mei 2026, 4:38 pm

Cemburu, cinta tak berbalas dipercayai motif tikam ibu tunggal
18 Mei 2026, 4:14 pm

Zulfiqar masih koma, dijadual nikah Disember ini – Ibu
18 Mei 2026, 4:01 pm

Pegawai tentera dituduh bunuh YouTuber dalam proses pemberhentian
18 Mei 2026, 3:15 pm

‘Dia tetap tak nak beri kerjasama, enggan lafaz cerai’
18 Mei 2026, 2:39 pm

Malaysia Masters: Aaron optimis final ‘all Malaysian’
18 Mei 2026, 1:16 pm






