fbpx
ROHAIDA menimbang santan yang dipesan pelanggan di premis kedainya di Pasar Singgah Selalu Taman Ria, Sungai Petani semalam.

Santan kini RM22 sekilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Peniaga santan segar di daerah ini tidak menolak kemungkinan bakal menutup perniagaan jika bekalan kelapa masih sukar diperolehi dalam masa terdekat.

Mereka dikatakan tidak tahan lagi berdepan dengan pelanggan yang merungut kerana harga bahan mentah itu melambung sehingga RM22 sekilogram dan stok juga terhad.

Seorang penjual santan di Pasar Singgah Selalu Taman Ria Jaya, Rohaida Othman, 50, berkata, sukar memperolehi kelapa selain harganya mahal membuatkan dia tertekan untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan sejak 15 tahun lalu.

“Kami terpaksa berebut kelapa daripada pemborong berikutan kekurangan bekalan walaupun terpaksa membayar harga antara RM3.80 ke RM4 sebiji berbanding akhir
Disember lalu iaitu hanya antara RM2 ke RM2.30.

“Keadaan ini menyebabkan keuntungan diperoleh sedikit selain terpaksa henti operasi separuh hari kerana bekalan kelapa habis,” katanya yang menjual santan segar RM22 sekilogram.

Bagi Dahlan Hamid,52, peniaga santan di Taman Ria berkata, jika sebelum ini dia memperoleh keuntungan sekitar RM60 sehari tetapi sekarang perniagaannya
umpama hidup segan mati tak mahu.

“Ketiadaan kelapa selain har­ganya meningkat mendadak da­ripada RM3,500 hingga RM4,000 setan menyebabkan saya sukar meneruskan perniagaan ini dalam tempoh jangka masa panjang.

“Sekarang pendapatan saya merosot teruk dan bekalan hanya cukup memenuhi permintaan pelanggan tetap terutamanya peniaga nasi dan pembuat kuih sahaja dengan harga RM22 sekilo berbanding RM18 sebelum puasa lalu,” katanya.

Peniaga santan di Pasar Sungai Petani, Salbiah Yaacob, 60, berkata, dia juga seperti peniaga lain yang berdepan dengan masalah bekalan kelapa yang sangat me­runcing sehingga berfikir untuk henti berniaga selepas 16 tahun.

“Sebelum ini saya turut membuat pesanan melalui pemborong, namun selepas bahan itu mendadak meningkat saya beralih membeli kelapa yang siap dikopek kerana lebih menguntungkan dan tidak berdepan dengan masalah buah kecil dan isinya rosak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN