fbpx
Keadaan kereta jenis Volkswagen Passat yang dipandu lelaki berkenaan. Foto IHSAN POLIS

Lelaki ‘wanted’ pandu kereta orang sudah mati diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang lelaki dikehendaki polis yang mempunyai 25 rekod jenayah bertindak merempuh dua kenderaan sebelum meloloskan diri ketika dikejar peronda dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku selepas polis cuba menahan suspek berusia 30 tahun berkenaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu kereta jenis Volkswagen Passat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, semakan mendapati cukai jalan dan insurans kereta itu telah tamat pada 7 Mei lalu.

“Suspek terus memecut dan memandu secara zig-zag ketika diarahkan berhenti sebelum dikejar sejauh 17 kilometer.

“Laluan di Kilometer 242 kemudian ditutup dengan bantuan peronda lain, namun suspek memandu secara melawan arus dan merempuh kereta Proton Saga dan Toyota Yaris sebelum berhenti di lorong kecemasan lalu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya.

Menurut Azmi, semakan melalui kad pengenalan yang ditemui di dalam kereta mendapati suspek dari Sungai Pelek, Selangor itu dikehendaki polis bagi kes Akta Dadah Berbahaya di Seremban.

Tambahnya, Volkswagen Passat itu masih didaftarkan atas nama seorang lelaki yang telah meninggal dunia dan suspek tidak memiliki lesen memandu yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN