fbpx
PENDATANG tanpa izin Malawi duduk di kawasan teduh di Durban pada 1 Julai lalu. – AFP

Ribuan imigran menuju sempadan, rakyat Afrika Selatan usir pendatang asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHANNESBURG – Beribu-ribu warga asing bergegas meninggalkan Afrika Selatan semalam dengan ramai berkumpul berhampiran sempadan Zimbabwe susulan tuntutan  yang menyaksikan 35,000 imigran pulang ke negara asal mereka.

Penghijrahan beramai-ramai itu bermula beberapa minggu lalu apabila kumpulan-kumpulan anti imigran menuntut semua pendatang tanpa izin meninggalkan Afrika Selatan menjelang 30 Jun lalu, dalam kempen yang menyaksikan protes ganas dan pertempuran di mana sekurang-kurangnya empat warga asing terbunuh.

Kira-kira 11,000 orang, kebanyakan mereka  warga Malawi dan Zimbabwe, berada berhampiran bandar sempadan Musina untuk pendaftaran dan pengesahan, lapor badan penyiar kebangsaan SABC.

Mereka berpindah ke Musina dari pelbagai bandar di Afrika Selatan.

Pihak Berkuasa Pengurusan Sempadan berkata, lebih 35,000 imigran telah dihantar pulang atau diusir sejak 7 Jun lalu.

Kumpulan-kumpulan penentang pendatang tanpa izin menyalahkan imigran sebagai punca  kadar pengangguran tinggi  dalam kalangan warga tempatan, kekurangan perkhidmatan dan masalah sosial yang berlaku.

Penganalisis-penganalisis bagaimanapun menyalahkan kelemahan kerajaan sebagai punca semua masalah tersebut.

Ketegangan itu mendorong kerajaan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri.

“Anda tidak boleh terus pergi dari pintu ke pintu meminta bukti pengenalan diri warga asing,” kata menteri di pejabat  presiden, Khumbudzo Ntshavheni semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN