fbpx
Anwar.

Johor perlukan pemimpin fahami denyut nadi rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang cerdik menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan Johor dan mengangkat negeri itu menjadi sebuah negeri yang lebih maju serta hebat untuk semua.

“Johor ke depan. Undi Harapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hari mengundi Pilihan Raya Negeri Johor ditetapkan pada 11 Julai 2026, selepas penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal, Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN