fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ‘sentuh’ dua pelajar kolej dicekup lepas makan di mamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pemburuan seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes cabul dan liwat membabitkan dua pelajar kolej berusia 15 tahun berakhir apabila dia ditahan polis sejurus selesai makan di sebuah restoran mamak di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, penahanan suspek berusia lingkungan 30-an itu dilakukan kira-kira pukul 12.01 tengah malam.

“Suspek ditahan di luar restoran mamak di daerah ini selepas selesai makan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang dipercayai meliwat dua pelajar kolej berusia 15 tahun kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes jenayah seksual di daerah ini.

Laporan berhubung kejadian itu diterima polis semalam, selepas kedua-dua remaja lelaki terbabit tampil mendakwa menjadi mangsa seorang pekerja di kolej yang sama.

Mangsa pertama mendakwa dicabul di tandas asrama kolej manakala mangsa kedua mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang berusia lingkungan 30-an di Seksyen 18, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN