fbpx
SUDAH 10 tahun tiada wanita istimewa bertakhta di hati, Aweera kini fokus terhadap karier dan terbaharu, dia bakal beraksi dalam Konsert Trilogi bersama Fiq Halim dan Aepul Roza pada 18 Julai nanti.

‘Kalau putus cinta jangan musnahkan diri, sakiti hati orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHEBATAN lelaki sejati bukan diukur pada sejauh mana kehandalannya memujuk cinta, sebaliknya kemampuan mengawal emosi apabila sesebuah hubungan tidak menjadi.

Atas kesedaran itulah, penyanyi, Aweera tidak mampu membuang rasa pelik setiap kali kisah-kisah keganasan terhadap kaum Hawa melintas depan mata.

Kata pemilik nama lengkap Nasharul Aweera Norhissham, 31, itu sememangnya tiada alasan untuk lelaki bersikap kasar terhadap wanita hanya disebabkan kegagalan memiliki hatinya.

Kena ‘move on’

Pernah kecundang dalam percintaan, vokalis kumpulan Mojo itu menegaskan kegagalan percintaan bukan alasan untuk melepaskan kemarahan kerana pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Tuhan.

“Jika memang tiada jodoh dengan seseorang itu tidak mengapa dan kita kena terima hakikat. Insya-Allah hidup kita akan jadi lebih tenang.

“Sebagai insan yang dikurniakan akal, janganlah kita terlalu ikutkan emosi. Kita ‘move on’ sahaja kalau putus cinta. Jangan musnahkan diri mahupun sakiti insan yang pernah kita sayang,” katanya.

Mengakui membaca berita keganasan domestik sangat membimbangkan, Aweera berharap golongan lelaki menghormati wanita apatah lagi kehidupan mereka juga pasti dikelilingi saudara-mara perempuan.

“Bagi saya tindakan mencederakan bekas kekasih sehingga tular dalam media sosial terutama yang didedahkan atau dikongsikan dalam platform Threads merupakan gambaran hubungan tidak sihat.

“Jika sampai berkasar, mencederakan dan melakukan penderaan mental dengan memaki hamun, itu sudah masuk tahap cinta gila. Fikirlah dengan rasional, kita pun ada adik, kakak,” ujarnya.

10 tahun solo

Mengakui sudah sedekad tanpa kekasih, Aweera sudah berada pada fasa selesa bersendirian. Bukan cerewet mencari pasangan hidup, cuma kata penyanyi yang bakal beraksi dalam Konsert Trilogi pada 18 Julai itu, dia belum bertemu calon yang bersesuaian untuk dijadikan suri hati.

“Nak percaya atau tidak, sudah 10 tahun saya ‘single’. Mungkin pengalaman gagal bercinta sebelum ini membuatkan saya selesa bersendirian. Ada yang cuba dekati saya, cuma setakat ini belum ada yang berkenan di hati. Tidak mengapa, tak perlu tergesa-gesa.

“Kalau ada jodoh suatu hari nanti, Alhamdulillah. Kalau tiada di dunia ini, mungkin ada di sana. Saya positif mengenai jodoh,” katanya.

Mengenai konsert yang bakal berlangsung di Big Pillars Hall, Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), Aweera berkongsi pentas dengan rakan karibnya, Aepul Roza dan Fiq Halim.

“Kami bakal berkongsi pentas membawakan sekitar 30 lagu secara giliran dan tentu ada segmen bertiga. Venue ini juga boleh memuatkan 5,000 penonton. Pastinya ini perhimpunan yang besar,” katanya.

Dia juga tampil dengan lagu baharu berjudul Gila, ciptaan Aepul yang dirakamkan secara trio bersama Aepul dan Fiq untuk album Trilogi yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN