fbpx
Dr. Tun Maizura (tiga kiri), Mohamad Faisal (tengah) dan Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi UiTM, Prof. Dr. Norazah Abd Rahman (tiga kanan) ketika simbolik penyerahan beg darah itu di UiTM Shah Alam hari ini. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Hanya 23 daripada 1,000 penduduk derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kadar pendermaan darah masih berada pada tahap 2.3 peratus dan perlu dipertingkatkan bagi memastikan bekalan darah terus mencukupi untuk menampung keperluan pesakit.

Timbalan Pengarah 1 Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Tun Maizura Mohd. Fathullah berkata, kadar itu bersamaan hanya 23 penderma bagi setiap 1,000 penduduk, masih di bawah sasaran yang ditetapkan.

“Stok darah di PDN masih mencukupi. Namun, kadar pendermaan darah perlu ditingkatkan kerana permintaan daripada pesakit terutama di hospital kian bertambah setiap hari.

“Justeru, kesedaran masyarakat boleh ditambah baik bagi mencapai kadar sekurang-kurangnya tiga peratus atau 30 penderma dalam 1,000 populasi penduduk,” katanya ketika ditemui pada Kempen Derma Darah Perdana: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cakna di UiTM Shah Alam di sini, petang tadi.

Menurut Tun Maizura, tahap kesedaran generasi muda terutama belia wajar terus diperkasakan kerana Malaysia dijangka berdepan status negara menua pada masa hadapan.

“Penderma darah sedia ada juga akan mencapai had umur tidak layak menderma iaitu 70 tahun. Jadi, sudah tentu kita perlu menggantikan dengan barisan pelapis baharu untuk menderma darah.

“Darah juga mempunyai jangka hayatnya dengan sel darah merah dapat bertahan 35 ke 42 hari manakala platelet iaitu komponen darah hanya lima hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN