fbpx
Misi Harimau Malaya untuk raih keputusan positif tidak kesampaian.

Piala ASEAN: Harimau Malaya belum selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Thailand membuktikan status sebagai pilihan selepas merampas taktha Kumpulan B apabila menewaskan Harimau Malaya 2-0 dalam aksi Piala ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Anthony Hudson melonjak ke puncak Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan selepas turut berjaya menewaskan Laos 5-0 dengan Malaysia kini menghuni di tangga kedua.

Pada perlawanan itu, Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-38 menerusi Yotsakon Burapha yang tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas pengadil Korea Selatan, Kim Woo-sung, membuat semakan VAR susulan terjahan Ubaidullah Shamsul ke atas Kakana Khamyok.

Malaysia cuba bangkit selepas rehat, namun Thailand terus mengawal rentak permainan sebelum menggandakan kelebihan pada minit ke-56.

Teerasak Poeiphimai menebus kegagalan apabila mudah menyudahkan hantaran Worachit Kanitsribumphen dengan rembatan lencong tepat ke penjuru atas gawang.

Harimau Malaya berpeluang merapatkan jurang menerusi pemain gantian Wan Kuzain pada minit ke-74, namun percubaannya hasil hantaran lintang Faris Danish tersasar.

Penjaga gol Thailand, Kampon Phatomakkakul, kemudian menjadi penghalang utama Malaysia apabila menafikan percubaan Paulo Josue sebelum sekali lagi melakukan aksi cemerlang untuk menafikan Daryl Sham.

Keputusan itu menyaksikan pengendali negara, Tan Cheng Hoe tewas buat kali pertama kepada Thailand dalam lima pertemuan antarabangsa.

Skuad negara akan mengharungi aksi terakhir Kumpulan B menentang Filipina pada 8 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN