Tangkap layar Live Threat Map yang dikongsi di media sosial.

Malaysia balas balik lepas kena ‘serangan’ bertubi-tubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Negara didakwa menjadi antara sasaran serangan siber dari luar negara bertubi-tubi tengah malam tadi.

Berdasarkan paparan peta ancaman langsung (Live Threat Map) oleh FortiGuard Labs, kelihatan beberapa lokasi di negara ini termasuk Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya antara kawasan yang menerima ancaman serangan siber.

Menerusi paparan peta berkenaan, serangan dikesan datang dari beberapa negara termasuk Perancis, Bulgaria, Indonesia, Jepun dan China dengan tahap ancaman dikategorikan sebagai kritikal (Critical) dan tinggi (High).

Difahamkan, kebanyakan aktiviti yang dipaparkan melibatkan cubaan menceroboh sistem pelayan laman web serta penghala (router) internet yang digunakan di rumah dan pejabat.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila muncul dakwaan mengenai tindakan balas terhadap serangan siber berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai ItsJemek turut berseloroh mengenai individu dari Batu Pahat yang didakwa terlibat dalam aktiviti berkenaan sehingga lewat pagi.

“Budak Batu Pahat malam tadi okey ke? Betul pahlawan ye sampai lewat pagi balas balik cyber attack dari luar. Harap lagi ramai yang tolong Batu Pahat hari ini. Dah macam main game pula tengok,” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna turut melahirkan rasa bimbang terhadap kesan daripada serangan itu.

“Kebanyakannya tengah cuba pecah masuk sistem server website dan juga router internet yangkita selalu guna dekat rumah atau pejabat. Sebab itu penting untuk kita selalu kemas kini sistem keselamatan dan jangan guna kata laluan yang terlalu mudah,” kata Babah_pendidik.

“Tadi ada notifikasi masuk ada seseorang dari Dhaka, India cuba nak masuk akaun Apple ID saya. Tapi saya dah tekan ‘not allow’ itu dah kira selamat ya?” soal Xhmd.

“Risaunya aku dengar pasal serangan siber ni, perlu ke aku keluarkan duit dari akaun bank?” soal Liyana.

“Sebenarnya hacker ini nak apa ya? Kenapa mereka buat serangan siber ini semua? Tak fahamlah,” kata Syu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN