AARON dan Roy King tidak menunggu lama apabila merangkul gelaran Terbuka Arctic biarpun baru digandingkan.

Aaron-Roy King mahu terus mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu lelaki negara, Yap Roy King mengakui masih banyak yang perlu dipelajari bersama pasangan baharunya, Aaron Tai, meskipun gandingan itu dilihat mula mendapat keserasian meyakinkan di pentas antarabangsa.

Roy King berkata, kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Arctic berstatus Super 500 di Finland, bulan lalu bukan bermakna mereka adalah pemain tumpuan, sebaliknya menjadi permulaan kepada proses membentuk kombinasi lebih mantap.

“Saya pun masih belajar bersama dia (Aaron Tai). Sebelum ini bergandingan dengan Kai Wun pun, saya rasa masih banyak yang perlu dipelajari secara berperingkat.

“Bukanlah bermakna saya sudah menjadi pemain yang stabil. Saya rasa semuanya menjadi kerana adanya Aaron Tai,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Menurut Roy King, antara kelebihan gandingan itu adalah kedua-duanya mempunyai kecenderungan terhadap corak permainan menyerang, sekali gus memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan pendekatan taktikal yang diterapkan barisan kejurulatihan.

“Jurulatih ada beritahu kami berdua memang pemain yang gemar menyerang. Jadi, memang sesuai apabila bergandingan kerana kami sama-sama suka bermain secara menyerang,” katanya.

Selepas mencipta kejayaan di Finland dengan menewaskan pasangan Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng menerusi kemenangan straight set 21-19,21-19 pada final, mereka meneruskan momentum positif di Terbuka Hylo di Jerman apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada wakil Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer dalam pertarungan tiga set.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN