BERLIN – Seorang lelaki memakai kostum Batman antara penunjuk perasaan yang ditahan di Jerman malam Sabtu lalu ketika demonstrasi tegang terus melanda seluruh Eropah, lapor saluran berita The Independent.
Individu berpakaian seperti Dark Knight itu diberkas di Frankfurt, di mana berpuluh-puluh ribu orang turun ke jalanan di 34 buah bandar kerana menuntut pendidikan lebih baik dan kos sara hidup yang lebih rendah.
Polis di Frankfurt, Munich, dan Berlin melaporkan kehadiran sehingga 18,000 penunjuk perasaan, manakala penganjur mendakwa jumlah peserta dua kali ganda angka tersebut.
Seorang aksi di Frankfurt berkata, sekurang-kurangnya dua kedai dijarah apabila protes bertukar ganas, dengan beberapa kedai lain rosak ketika polis cuba mengawal keadaan.
Protes di Jerman dianjurkan oleh kumpulan kempen dinamakan ‘Gen Z regelt’ yang bermaksud ‘Gen Z ambil alih’ dalam bahasa Jerman.
Kumpulan tersebut membantah kerahan tenaga dan menuntut pelaburan lebih besar dalam bidang pendidikan ketika belia Jerman bergelut dengan kos sara hidup tinggi. – AGENSI
















