JAKARTA – Penduduk setempat membantah rancangan pembakaran jasad ahli perniagaan terkenal, Murdaya Widyawimarta Poo, dekat candi Borobudur, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Kompas.
Bantahan dibuat semasa perbincangan antara Perwakilan Budha Indonesia (Walubi) dan Pemerintah Magelang di Kompleks Sekretariat Daerah Magelang semalam.
Orang ramai menyuarakan bantahan kerana tapak pembakaran jasad terletak di kawasan kediaman, demikian menurut Ketua Dusun Ngaran I dan II, Maryoto.
“Mereka tidak selesa sekiranya pembakaran mayat dilakukan di tengah-tengah kawasan perumahan.
“Penduduk turut mempersoalkan kesan asap dan bau jasad terbakar serta impak kepada kanak-kanak serta warga emas,” tambah Maryoto.
Justeru, pembakaran jasad mendiang akan dilakukan di tanah milik isteri Murdaya, Siti Hartati Murdaya, dekat Graha Padmasambawa pada 7 Mei ini.
Jasad Murdaya kini berada di Vihara Griya Vipasana Avalokitesvara Mendut dan akan dipindahkan pada 6 Mei.
Proses pembakaran jasad dijadualkan pada hari berikutnya. – AGENSI