fbpx

SPRM, peguam bincang tempoh isytihar harta anak Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, hari ini. FOTO AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berbincang dengan peguam anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bagi menentukan tempoh masa untuk mengemukakan notis pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang notis daripada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan berkaitan perkara tersebut.

“Tak silap saya belum terima (pengisytiharan harta) tetapi baru-baru ini ada perbincangan antara pegawai penyiasatan dan peguam untuk memperincikan tempoh masa bermula (mereka) kena (isytihar).

“Jadi, itu saya serahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia, di Pusat Konvensyen Leo Moggie, di sini, hari ini.

Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua anak Dr. Mahathir mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Bagaimanapun, pada 26 April lalu, Mokhzani dan Mirzan diberikan tempoh lanjutan 30 hari lagi di bawah 36 Akta SPRM 2009.

Untuk rekod, Mokhzani turut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI