fbpx
UMISYA selamat melahirkan anak yang keempat.

‘Selamat datang anakku’ – Aslam, Umisya timang anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli keluarga bertambah, pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam dan Umisya Mazlan selamat menimang cahaya mata keempat semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Aslam atau nama sebenarnya Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 26, yang menitipkan pesanan buat permata hati.

“Selamat datang ke dunia, anakku.

“Sebuah tempat yang mengajar manusia tentang harapan melalui kehilangan, tentang kekuatan melalui kesakitan dan tentang nilai sebuah kebahagiaan melalui ujian,” kongsinya di Instagram Story.

Pada hantaran tersebut Ahmad Aslam turut memuat naik foto manis yang menunjukkan tangan si kecil menggenggam jarinya.

Menerusi perkongsian Umisya pula, dia menzahirkan kesyukuran atas kurniaan Allah kepada keluarga kecilnya.

Begitupun, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 itu tidak mendedahkan butiran bayi mereka termasuk jantina.

Sebelum ini mereka dilaporkan pernah berpisah iaitu sekitar tahun 2023 sebelum kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Ahmad Aslam juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu anak kepada pasangan artis, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim yang dikahwini pada 27 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN