fbpx

Polis minta saksi dua kemalangan maut bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN membabitkan dua buah kereta di Jalan Keramat Pulai di Ipoh, Sabtu lalu.

IPOH – Polis memohon bantuan saksi awam untuk tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan penumpang sebuah kereta dalam kejadian berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pertama pada Jumaat sekitar pukul 2.15 petang itu berlaku di Jalan C.M Yusuff membabitkan motosikal ditunggang lelaki berusia 74 tahun dan sebuah kereta dipandu wanita berusia 50 tahun.

Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu wanitu terbabit bergesel motosikal ditunggang warga emas itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang parah di kepala dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.51 pagi semalam.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-3728477,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, nahas kedua berlaku di Jalan Keramat Pulai berhampiran simpang masuk Kampung Pergom pada pukul 11.45 malam, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI