fbpx
ANTHONY (tengah) pada Majlis Pengumuman Calon Johor Jaya dan Tiram di Pusat Komuniti Harapan, Plentong, Johor Bahru hari ini.

PRN Johor: Calon MB dari PH belum ada pengumuman lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Calon Menteri Besar Johor daripada Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PH.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook berkata, fokus utama PH ketika ini adalah untuk memastikan calon-calon gabungan berkenaan memenangi kerusi yang ditandingi terlebih dahulu.

“Jadi soal Menteri Besar Johor akan dibincangkan di peringkat tertinggi PH, jadi setakat ini belum ada apa-apa pengumuman lagi,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon Johor Jaya dan Tiram di Pusat Komuniti Harapan, Plentong di sini hari ini.

Dalam majlis itu Nor Zulaila Abd Ghani, 38, diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram manakala Lee Wern Yiing, 30, akan bertanding di DUN Johor Jaya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalannya, Wong Shu Qi.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, bagi DAP setiap kawasan yang mereka tandingi akan ada poster boy atau poster girl berdasarkan calon-calon parti tersebut yang bertanding.

“Sasaran DAP adalah untuk menang dan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini termasuk Ulu Tiram yang merupakan kawasan baharu parti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN