fbpx
NOR ZULAILA diumumkan sebagai calon DAP bagi DUN Tiram dalam satu majlis di Plentong, Johor Bahru hari ini.

PRN Johor: Nor Zulaila calon DAP rebut kerusi DUN Ulu Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Zulaila Abd Ghani, 38, diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman calon yang mesra dipanggil Lily itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu majlis di Plentong hari ini.

Nor Zulaila merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018 dan mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pembangunan komuniti serta pentadbiran kerajaan.

Anak jati Lenga, Muar itu turut pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Bangi, Pengurus Penyelaras DUN Semenyih serta Pembantu Ahli Parlimen Serdang.

Kini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Timbalan Menteri Kewangan .- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN