fbpx
STEVEN Sim di Program Sesi Mega Meet & Greet bersama usahawan di Malim Food Town, Melaka.

4,300 usahawan Melaka terima suntikan modal RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) setakat 31 Mei lalu bagi membantu mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, pembiayaan itu disalurkan menerusi pelbagai agensi di bawah kementerian bagi memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Melaka.

Menurutnya, sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Melaka bermula semalam, beliau turut menghadiri Sesi Mega Meet & Greet bersama usahawan di Malim Food Town yang menghimpunkan kira-kira 50 usahawan tempatan.

“Dalam program itu, hampir RM1 juta pembiayaan disampaikan kepada 18 usahawan yang layak melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dan SME Corp. Malaysia.

“Penerima pembiayaan terdiri daripada pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, pemborongan, perkhidmatan profesional, kontraktor pembinaan, peruncitan, perniagaan dalam talian, automotif dan perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Beliau berkata, di peringkat nasional pula, Kuskop telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM5 bilion setakat lima bulan pertama tahun ini yang memberi manfaat kepada hampir 180,000 usahawan di seluruh negara.

Katanya, menerusi inisiatif PowerUp10K, kementerian menyasarkan penyaluran pembiayaan sebanyak RM15 bilion kepada PMKS di seluruh negara sepanjang tahun ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN