fbpx
- Kemalangan tragis mengorbankan seorang penunggang motosikal di Tasek Gelugor, di sini semalam.

Juruteknik elektrik maut dilanggar dua kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang juruteknik elektrik maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah jip sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar dua kenderaan lain di Jalan Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.05 malam itu, mangsa Muhammad Arif Taufek, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang dalam perjalanan dari arah Padang Serai menghala ke Tasek Gelugor melanggar bahagian belakang kanan sebuah Mitsubishi Pajero.

Menurutnya, jip yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun itu dipercayai keluar dari simpang sebelum membelok ke kanan ketika kejadian berlaku.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar dua lagi kenderaan yang dipandu masing-masing oleh pelajar berusia 21 dan 23 tahun.

“Ketiga-tiga pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, mayat mangsa selesai menjalani bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kepala Batas pagi tadi sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN