fbpx
Suasana di luar pintu utama Istana Hinggap, di sini, ketika ini menjadi tumpuan pengamal media. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Istana Hinggap jadi tumpuan selepas BN-PN capai majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suasana di luar pintu utama Istana Hinggap, di sini, kelihatan meriah dengan kehadiran pengamal media, selain bunyi hon motosikal penyokong Barisan Nasional (BN).

Difahamkan ketika ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam Istana Hinggap untuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membuat tindakan sedemikian secepat yang mungkin.

Terdahulu, BN dan PN mengumumkan akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN hari ini.

Ahmad Zahid berkata, secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN