fbpx
Ustaz Azhar dan ustazah Asma' sentiasa menjadi bahan kecaman orang ramai terutama di media sosial.

Orang ‘terpaling’ suci, agamawan pun kena ‘caci’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dunia akhir zaman sekarang ini, manusia sudah semakin hilang malu, tiada lagi adab-adab susila dan pegangan agamanya.

Penulis yakin adab susila pun tiada lagi dalam kamus hidup seseorang itu sama ada perkataan itu diketahui maknanya apatah lagi mengamalkannya dalam kehidupan sehari sehari.

Semenjak 10 tahun kebelakangan ini dengan terbitnya pelbagai media sosial yang mengambil alih pegangan hidup seseorang, itu antara punca ramai semakin hilang malu dan terlalu bebas untuk berkata apa sahaja secara terbuka.

Selain artis dan selebriti yang sering menjadi sasaran kritikan sehingga ada dalam kalangan mereka kemurungan dek serangan media sosial, agamawan negara juga turut jadi mangsa.

Terbaharu, ada individu ataupun pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengubah video asal ceramah ustaz Azhar Idrus untuk menggambarkan dirinya tidak pandai bahasa Arab.

Kisahnya bermula apabila tular satu video ceramah ustaz Azhar yang didatangi seorang pensyarah bertanyakan soalan dalam bahasa Arab.

Video asal, ustaz itu ada menjawab pertanyaan itu dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Arab tetapi telah disunting bagi memburukkan imej agamawan itu seolah-olah tidak pandai bercakap Arab.

Apa salah ustaz Azhar kepada anda semua apabila sanggup sunting video asal dan viralkan video itu untuk memburukkan imej orang yang telah memberi kita ilmu agama.

Itulah maknanya adab susila sudah dicampak ke laut oleh kebanyakan orang kita.

Selain ustaz Azhar, ustazah Asma’ Harun turut terkena tempias hampir sama apabila ada pihak sakit jiwa seolah-olah suka memburukkan imej orang mengajar agama.

Di TikTok yang dianggap media sosial terpaling ‘mesra’ dan trend telah memburukkan konon ustazah tidak tahu Geneva bukan sebuah negara.

Seronok ‘mereka’ sunting dan tularkan video ustaz dan ustazah itu dengan tujuan untuk merosakkan imej Islam dengan harapan jangan dengar ceramah mereka lagi.

Itulah dunia akhir zaman, secara peribadi ceramah ustaz Azhar yang santai menjadi peneman ketika kesesakan lalu lintas setiap kali ke tempat kerja dan balik kerja.

Besar pahala mereka memberi ilmu zaman sekarang.

Bukan hanya penulis, orang lain juga begitu, kita boleh dengar ceramah bukan lagi di televisyen, orang ramai jika tidak gunakan media sosial dengan sebaiknya habislah adab susila kita.

Sama ada kita hendak jadi manusia terpaling suci di media sosial yang bertopengkan syaitan.

Menaip komen terpaling suci untuk menyakitkan hati dengan perkataan kesat itulah yang menjadi amalan manusia bertuhankan media sosial.

Tahniah anda telah membuat dosa kering tanpa sedar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN